Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua dan terawal di tubuhkan di kawasan ini. Banjir besar yang melanda pada tahun 1967 telah memusnahkan sebilangan besar dokumen-dokumen berharga di sekolah ini, termasuklah catatan-catatan penting berkenaan sejarah penubuhan sekolah ini sendiri. Oleh yang demikian, sejarah sekolah yang tertulis di sini adalah hasil himpunan maklumat yang didapati daripada ingatan orang-orang yang masih lagi mengingati sejarahnya.

Pendidikan Sebelum Perang

Detik permulaan pendidikan adalah seawal sebelum Perang dunia Kedua di Ladang Chaning iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari Kampung Pahi. Bangunannya hanyalah sebuah bangsal kecil. Bilangan murid pada masa tersebut adalah seramai 14 orang sahaja. Sekolah ini terpaksa ditutup apabila Perang Dunia Kedua berlaku.

Pendidikan Selepas Perang

Pada awal 1948, “Sekolah Melayu Rakyat Pahi” telah dibuka oleh Abdul Ghani b. Adnan; seorang imam pada masa itu. Beliau telah mempelopori perubahan dan kesedaran bahawa pentingnya pendidikan untuk mengubah nasib orang-orang kampung. Beliau telah menggunakan rumahnya sendiri sebagai bangunan sekolah sementara. Sistem persekolahannya pula tidak begitu teratur disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan dan prasarana. Hanya berbekalkan keazaman dan semangat yang jitu, beliau bersama Abdullah b. Hj. Ibrahim telah bergilir-gilir mengajar. Bilangan murid pada masa tersebut hanyalah seramai 20 orang sahaja.

Bertitik tolak daripada permintaan dan pertambahan murid dari tahun ke tahun, pihak ladang dan masyarakat Pahi bersetuju menangani masalah prasarana sekolah bersama-sama pada tahun 1952.

Kerajaan akhirnya membiayai pentadbiran sekolah dan pembangunannya bermula pada tahun 1953.

• Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid dengan
adil dan saksama.

• Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan, bahan sokongan pengajaran
dan pembelajaran yang mencukupi serta persekitaran yang menarik.

• Bertanggungjawab menjaga hal keselamatan, kebajikan, kesihatan,
kebersihan, disiplin murid, kaunseling dan kerjaya di sekolah.

• Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, permainan, badan
beruniform, persatuan dan kelab untuk semua murid.

• Mengadakan kelas tambahan dan intensif untuk murid bagi menghadapi
UPSR, pemulihan, PAFA dan program Maju Diri.

• Melahirkan murid yang menguasai 3M, beriman dan berakhlak mulia.

• Mengadakan hubungan baik dengan ibu bapa/penjaga murid,
mempertingkatkan permuafakatan dengan penglibatan masyarakat
dalam mencapai matlamat pendidikan.

• Memberi layanan mesra dan segera kepada semua yang berurusan
dengan Sekolah Kebangsaan Pahi.

Membentuk masyarakat yang :-

1. Zero buta huruf
2. Beriman dan bertaqwa ke Allah S.W.T
3. Cemerlang dalam bidang akademik dan ikhtisas
4. Beradab dan berbudi pekerti mulia
5. Mempunyai daya kepimpinan dan berdaya maju
6. Tahu dan bersedia berterima kasih dan bersyukur